MENCARI TUKANG JAHIT / PENJAHIT



Alhamdullilah , permintaan tempahan semakin meningkat sehingga pekerja kami tidak mampu handle sendiri.. Kami perlukan lagi PENJAHIT / TUKANG JAHIT yang ingin menjana pendapatan secara part time atau Full Time dengan KADAR SEGERA. 
.
Saya mencari pekerja yang tak DIVA / tak demand / tak OVER dan jujur,ikhlas dan komited dalam bekerja . Sebenarnya saya sudah serik nak bkerjasama dengan dengan Tukang Jahit Part-Time di rumah dan Tukang Jahit asal seberang. Tapi, saya takde pilihan..sy kne teruskan mencari. Benar lah orang kata, nak bangun kan sebuah perniagaan perlukan pekerja yang benar2 niat bkerja dengan baik dan jujur  Saya akan terus berdoa ."Berdoalah padaKU, NESCAYA akan KU perkenankan". Segalanya saya berserah padaNYA ...moga moga DIA mempermudahkan segalanya buat saya. Saya PASRAH...mungkin ada jalan yg lebih baik bagiku yg DIKAU aturkan..Amin.

 Kadang2 saya tidak faham kenapa bila ditawarkan offer tempahan kepada tailor part-time (kalau dah terlalu banyak) mereka nak demand harga. Sedangkan , siapa yang mencari pendapatan sampingan ? Mungkin kadang2 mereka(tailor2 part time) ni lupa yang sebenarnya dorg dengan berurusan dengan bisnes dan bukan dengan customer. Tak boleh treat bisnes dengan customer tu sama. Tak sama . Tailor Part time yang ingin dapatkan job tempahan , harus akur dan terima tawaran harga tempahan dari bisnes lain kerana meraka yang mendapat job, dan sub kepada anda (anda dapat tempahan cust secara mudah) . 

Kalau orang melayu attitude macam tu, orang dari seberang lagi pening nak handle. Pengalaman mengajar kita.  Saya beberapa kali kecewa dengan tukang jahit seberang . Sudahlah datang secara haram, tawarkan kemahiran menjahit dengan pengalaman yg banyak..mmg sesuatu yang dibanggakan. Tapi yang kecewa bila mereka mula demanding dan tidak tahu erti bersyukur. Mula hint tekan harga dll. Dah sudah...sape tagih sape... Belum lagi cerita bab tak jujur dan curi data customer (Curi customer).  Mereka bijak, tidak mahu gaji baisc, nak gaji ikut helaian jahitan dan ikut harga mereka. Ini satu lg saya tak paham. sape majikan, sape pekerja . Dah kenapa ni...  Untuk bekerja dengan orang seberang ni, kne hati-hati. Kena kental dan banyak2 buat pendinding diri. Kalau boleh saya lebih suka org kita sendiri menjahit supaya aliran wang kita tidak senang2 mengalir ke negara mereka. Sebenarnya , gaji demanding dorg lagi tinggi gaji dari lepasan diploma..  Heiii...kerani kat Malaysia ni start pun tak dpt gaji cengitu bebb....pikir2lah . Dan fikirkan lah juga kepada adik2 yang masih tak dapat pekerjaan, jangan terlalu demand..sbb orang seberang dtg sni dengan kemahiran tinggi dorang berani demand harga.. Kalau anda yg takde kemahiran tiada pengalaman dan nak demand harga...renung2lah di mana kedudukan anda nnt. Jangan biar orang mcm ni makin belambak kat sni.. #semak #PATI


 TAK PERLU BEBEL BANYAK2.. NAH ! bagi sapa2 yang ade pengalaman dan kemahiran menjahit ... boleh apply kerja dengan saya ... 

PENJAHIT / TUKANG JAHIT - MAHIR
1. Percubaan selama sebulan...hati kne kental kalau separuh2 hati dlm ertikata malas..maka lupakan niat anda.
2. Penjahit Sepenuh Masa.
3. Lokasi kerja Setia Alam 
4. Mempunyai kenderaan sendiri (Sini takde public transport selain GRab shj)
5. Gaji bergantung kepada kebolehan,kemahiran dan pengalaman . 

Datang interview dlu. !

Kte juga ade buka tawaran AGEN TUKANG JAHIT- Separa Mahir 

Jawatan ini sesuai sangat kepada lepasan2 sijil skm / kemahiran jahitan ATAU ada ilmu sikit dalam dunia jahitan dan kalau boleh nak yang TAHU AMIK UKURAN BADAN .. kalau tak tahu, takpe... kte akan ajar...

AGEN TUKANG JAHIT 
1. Freelance / takde specific masa 
2. Fokus dan tak malu 
3 . Tak perlu menjahit 
4. Peramah, tak sombong dan ceria 
5. Ada kenderaan sendiri 

Bukan itu sahaja.. kte juga nak open JOB TO AGEN REFERRAL - semua boleh jadi. Jana pendapatan mudah sangat.. Guna air liur dan kemahiran pukau jee.

AGEN REFERRAL sangat sesuai kepada:
1.Penjual kain/fabrik online atau offline 
2. Orang yang buat bisnes part time jual kain2 pasang 
3. Bekas2 pelanggan kami
4. Bakal2 pelanggan kami.

Tugas dan peranan AGENT REFERRAL adalah menawarkan / recommend servis tempahjahit terus kepada pelanggan anda. Contoh..kalau anda penjual kain, terus offer pada customer untuk tempah baju terus..  dekat situ, satu lagi cabang bisnes korang dan customer pon suka, beli kain dapat baju terus.. boleh tempah baju ape2. 

kedua.. sesuai utk bekas/bakal pelanggan. Caranya, rekemen kan kepada kawan2 tentang servis jahitan ini untuk buat tempahan kepada kami. Setiap cust yang datang tempah melalui info agen, kte kn bg komisen. Ini seperti tanda penghargaan terima kasih kami kepada anda kerana percayakan kami dan menrekemenkan kami kepada org lain. 

Customer happy, anda happy dapat income geli-geli , kami pun suka ramai yg tempah baju dengan kami.

JANGAN LUPA... KAMI SHABOOQ.TAILOR4U ADALAH "CUSTOM-MADE SPECIALIST".

Korang nak buat baju ape, design ape...semua bolehhh.....

pertanyaan lanjut : klik sni . 0189541077


Dengan penuh harapan kepada penjahit penjahit di luar sana yg merasakan andalah yg SHABOOQ cari, maka hubungilah saya dengan email detail anda di shabooq@gmail.com.

Nama :
Umur :
Berkahwin/Tidak berkahwin:
Pengalaman :
Alamat :
No. Telefon:

Moga moga perniagaan SHABOOQ ini terus maju jaya. Saya sentiasa berdoa kepada DIA, saya dipertemu dengan tukang jahit yg baik, jujur dan committed dlm kerja. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

PILIHAN PELANGGAN . TEMPAHAN BAJU AREA SETIA ALAM DAN SHAH ALAM

Tempah baju ;ANYTIME ANYWHERE

TAILOR ONLINE . FOLLOW SOCMED KAMI.